Maal Hijrah 1427
Walaupun agak terlambat, di sini aku ingin mengucapkan selamat tahun baru hijrah kepada semua pelayar blog dan aku ingin memulakan era baru dalam blogku ini.
Sebelum ni, blogku banyak menceritakan masalah peribadiku. Aku bertujuan untuk melegakan fikiran di samping bertukar-tukar pandangan. Namun, strategik itu nampaknya tidak berkesan, bahkan menjadikan aku sentiasa terkenangkan kisah-kisah lalu.
Agenda yang paling penting aku lakukan sekarang ialah melupakan segala kisah silam. Hidupku selama ini sangat dihantui oleh kisah-kisah yang menjadikan hidup aku kelam, kesah dan gelisah. Lagipun, perkara buruk seperti itu ibarat ikan yang dah busuk, semua orang tidak gemar kan. Memang, aku ini diselimuti trauma. Bukan mudah menyingkirkan segala pahit maung berbelas-belas tahun lamanya. Aku hendak sangat mencari pakar sakit jiwa untuk aku ungkaikan segala masalahku. Atau mencari orang 'kasyaf' menyelidik apa sebab dan faktor perkara yang menimpa hidupku. Aku memang mencari, tapi, aku masih tidak menemukannya. Mungkin inilah proses pembelajaran terpanjang dalam hidup, iaitu mencari, menyelidik hakikat kehidupan. Bumi yang terbentang luaslah medan ilmuku dan, segala makhluk-Nyalah yang menjadi guruku. Cuma aku sentiasa berharap agar Allah sentiasa bersama-samaku dalam susah dan senangku.
Haa..jadi, aku ingin memulakan tahun baru ini dengan perkara-perkara yang boleh menceriakan diri dan hatiku. Beserta orang-orang lain dalam membuat kebajikan, mengejar kemakmuran hidup.
Sebelum memulakan topik penceritaan, aku ingin mengucapkan syukur yang tak terhingga kepada Penciptaku, yang masih memberi aku masa untuk mengubah diriku. Juga kepada teman-teman blog yang telah berkunjung ke blogku dan menyabarkan aku. Walaupun anda semua tidak mengenaliku, tapi, keluhuran kalian sedikit sebanyak menjadikan aku rasa aku masih ada tempat di dunia ini dan menjadikan aku sedikit lega...
3 Comments:
salam maal hijra buat syalina...moga kedatangan ini hidup kita akan berhijrah ke daerah yang lebih tenang & penuh taqwa....penuh kebahgiaan seperti yang kita harapkan...amin
Ku harap kebahgiaan akan mengiringi kita juga
salam...
syukur alhamdulillah..hidup tdk akan brubah skiranya manusia itu tdk mahukn perubahan...
sakit dlm ujian itu sedikit brbanding kita syukur brada dlm kebahgiaan..
Bukan kan allah telah membeli dr manusia itu diri dan jiwanya..
andai kita hamba allah pastinya kita redha dgn apa jua yg dipertaruhkan dlm hidup kita...
Sabar belum cukup utk kita harungi sume ujian allah , andai tidak ad redha..
kuat kan semngat mu wahai saudaraku seprti mana kuat nya baginda Rasul Muhammad mnerjah khidupan berliku shingga mampu mndidik ummah bumi mekah dr alam kjahilan ke alam nur yg mnjanjikn syurga...
Kita tdk pernah diuji..sbb itu kita tidak mngenal erti kbahgiaan..
bila kita diuji btapa syukur di antara kita dengan allah itu sbenarnya paling dekat...
Bila kita brdoa terasa sangat doa kita dekat dgn allah..
bila kita brtawakkal terasa sngat tawakkal kita didengari allah..
ALLAHUAKBAR...
Orang diuji itu org itu disayngi allah..
jgn kita brburuk sangka pada allah..
allah maha mengetahui apa yg tersirat disebalik yg trsurat...
Post a Comment
<< Home